Sunday 16 October 2011

DIDIK WANITA NEGARA TERPILIHARA.. setuju?

salam semua..di sini ingin saya berkongsi sebuah perkongsiaan pernyataan yang sangat menarik, dengan tajuk DIDIK WANITA NEGARA TERPILIHARA... adakah anda setuju...saya amat2 bersetuju dengan pernyataan tersebut. kerana apa, kerana wanita merupakan kuasa yang cukup hebat dan kuasa yang sangat kuat untuk melahirkan satu generasi yang begitu mantap.

dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT terhadap wanita iaitu mengandungkan anak, maka secara tidak langsung kita mengetahui bahawa sedari dari dalam kandungan lagi generasi akan datang berada dalam tubuh badan WANITA.

kajian santifik membuktikan bahawa, emosi, psikologi, fizikal, rohani wanita memainkan peranan yang amat besar dalam proses perkembangan dan pembesaran fizikal, emosi dan psikologi bayi.
wanita juga memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan mood sesebuah rumahtangga dan menentukan menu untuk masakan. kita sedia maklum bahawa pemakanan yang baik melahirkan anak yang cerdas dan cergas. maka rujukan di sini menunjukkan bahawa wanita adalah kuasa besar dalam menentukan perkembangan generasi akan datang.

wanita yang terdidik dan wanita yang berilmu (tidak semestinya ilmu akademi) akan melahirkan anak yang soleh dan solehah, anak yang soleh wa musleh melahirkan generasi yang mantap, genarasi yang mantap akan melahirkan negara yang terpelihara. insyaAllah.

perkembangan anak dalam kandungan ibu.
wallahualam

2 comments:

LydSunshine said...

Ye, akak setuju.

macam ku kata said...

kak lydsunshine..berbahagialah wanita yang berperanan sebg steri dan ibu..besarnya pahala mereka..subahanAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...