Friday 28 October 2011

ilham masak dari blogger...dah try;-)

hari ni, aku kena masak, sebab aku malas nak keluar beli makanan, so nak taknak aku kena masak gak untuk mengisi perut yang semakin berbunyi ;-)
aku pun tengok2la blog mana yang ada resepi makanan yang simple tapi best. secara jujur aku memang tak suka masak, aku lebih rela buat kerja lain spt basuh pinggan, kemas dll. bukan tak boleh masak, tapi tak tau la..tak suka memasak..hehhehe
hari ni disebabkan aku keseorangan di rumah, aku memasak untuk diri sendiri.
blog yang membuatkan aku rasa nak try masakannya ialah blog EKSPRESI SEORANG AKU.
sebab sangat la simple, cuma aku telah buat perubahan sikit bersesuaian dgn bahan yg ada kat rumah aku..hehhe
ikan bilis aku tukar ngn tempe dan belacan aku tukar ngn kuib knorr...
tempe ni kena goreng garing dulu..


belacan rumah aku dah habis..so aku tukar ngn  benda ni...

.: TEMPE goreng belacan :.
tempe(sebelum gorang letak garam sikit)
setengah ulas bawang besar
 bawang putih
biji cili padi
kiub knorr

.: cara buat :.
1. mula2 goreng tempe sehingga garing, kemudian angkat dan toskan ~ letak tepi
2. bawang besar, bawang putih dan cili padi dihiris halus, kemudian tumis dalam kuali
3. masukkan kiub knorr(separuh)
4. kemudian, masukkan tempe yang digoreng tadi.. gaul sehingga serata dan angkat. siaplah...
TERIMA KASIH KEPADA E.S.A

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2011 ~Good luck!!

sesiapa pelajar spm yg nak tengok jadual waktu SPM 2011 boleh klik di SINI
teruskan usaha anda, banyak buat solat hajat, doa bila nada sudah buat yang terbaik..tawakal pada Allah..
ingat !


1.Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.


2.Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

3.
Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

4.
Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

5.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

6.
Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan

Sunday 23 October 2011

bakat dan kemahiran ustaz Azhar Idrus

siapa kata golongan ustaz hanya pandai memberi ceramah dan tahu selok belok agama sahaja?
Ustaz Azhar Idrus membuktikan bahawa sememangnya para ustaz juga merupakan manusia yang kreatif dalam bab2 seni. beliau amat meminati bidang fotografi. cantik2 gambar dia...
dan hakikatnya ustaz2 merupakan insan yang amat fleksibal, golongan ini bukan sahaja mahir dalam bidang agama malah amat mahir dalam bidang2 tertentu seperti sains, teknologi. kewangan, matematik, dan banyak lagi.
di sini adalah sebahagian gambar yang sungguh cantik. ditangkap oleh ustaz Azhar Idrus. boleh kunjungi lama facebook beliau. ;-)





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...