Dulu aku memang mengalami masalah jerawat yang sangat teruk, tiap hari ada je jerawat baru tumbuh, bukan seminggu dua, tapi berbulan2..pada mulanya memang x keruan dibuatnya, macam2 aku cuba, produk muka dr yang mahal sampailah yang murah, semua aku beli, tapi bila hasilnya camtu je, aku sendiri naik malas. lantaklah, malas dah nak layan kehadiran jerawat kat muka aku.
sampai satu tahap, jerawat tu akan hilang sendiri. tapi yang tak bestnya, bekas jerawat, masih bertempek kat muka aku..kalo sama warna ngn kulit muka aku, x kisah, ni tidak, warna bekas jerawat hitam dan mengerutu.
serius. masa tu aku memang rasa diri cam x best, so aku pun try la beberapa cara, antaranya pada waktu mlm aku akan tempekkan bedak sejuk kat muka. (dah mcm zombie kg pisang muka aku waktu mlm).
tapi aku gak, pernah try beberapa petua ni...
1. korang cari rizom cekur..(tau x rizom cekur?kat bawah ada gambar), pastu tumbuk sehingga halus dan hancur.
2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.
3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.
4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.
5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.
korang buat bnyak sikit, nnti tiap2 malam korang amalkan la menempekkan bedak sejuk bersama rizom cekur dimuka ye..
ok..selamat mencuba, semoga usaha kalian akan menampakkan hasil macam aku..hahahhahhaha
ni lah dia cekur...kat kedai ada jual rasanya ;-) |
wajah aku selepas mengamalkan petua ni..hahahha..(confident tunjuk sbb bekas jerawat x da dah..dulu..masyaAllah..kalo korng tengok muka sure korang jerit ketakutan..hehehhe) |