Saturday, 8 October 2011

sian Heliza Helmi..kenyataannya disalah tafsir oleh wartawan..

salam semua, aku ada baca kenyataan artis mengenai hukum hudud, antara yang memberi respon ialah heliza, berdasarkan kenyataan heliza aku agak terkejut kerana dia memberi respon sedemikian, tapi sebanarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Heliza tidak seperti yang ditulis oleh wartawan, jauh berbeza, wartawan tersebut telah memutar belitkan kenyataan heliza sehingga heliza dihentam dilaman2 facebook.
geram gak ngn wartawan tersebut...ishhhh..kesian heliza..
heliza memberi kenyataan balas (klik sini)

dan ramai yang meminta heliza untuk saman wartawan tersebut..tapi ini jawapan heliza


semoga heliza tabah dan meneruskan perjuangan anda. kepada mereka yang masih marah2..diharap jagan terus mengadili  seseorang dengan hanya satu sumber sahaja.

Friday, 7 October 2011

keluarga bahagia wardina saffityah

semua kenal Wardina..seorang wanita yang berani berkata2 atas kebenaran..kagum dgn perjuangan wardina..lgi2 berstatus ibu, isteri, artis...
wardina juga aktif menyampaikan maklumat mengenai kekeluargaan dan penjagaan anak-anak. semoga Wardina diberi kekuatan untuk meneruskan wadah perjuangannya..

sumber(klik)




imran..amna..azra






azra

Thursday, 6 October 2011

my brother wedding ceremony

kisah di sebalik majlis pernikahan adik aku..sudah di cerita kan (klik)..walaupun majlis pernikahan tersebut bagi aku leceh dan banyak birokrasi..tapi itulah keunikkan negeri Johor dengan modul keluarga sakinah, tujuannya adalah mengharmonikan institusi kekeluargaan.
dengan kadar penceriaan yang semakin menjadi-jadi di Malaysia, negeri Johor mencari alternatif lain untuk mengurangkan kadar yang membimbangkan ini. ada hikmah disebalik birokrasi ini...amin.

di sini beberapa coretan sepanjang berlangsungnya majlis persandingan adik aku..dari pengamatan aku (sepanjang menghadiri majlis perkahwinan di Malaysia termasuk Kelantan dan Terangganu, majlis perkahwinan di Johor antara yang paling meriah dan havoc...siap ada tol lagi jika nak naik pelamin..
so terpaksa la aku menjadi tukang bayarnya... ada 4 tol yang perlu dilalui oleh pengantin lelaki..tol terakhir adalah di pelamin yang dikawal ketat oleh mak andam dan sahabat handai pengantin perempuan.

kalau dapat yang paling best kena berbalas pantun..alhamdulilah aku terlepas...

antara barang hantaran...

my big family


perarakan masuk pengantin lelaki sambil diiringi paluan kompang..baju kuning tu adalah ketua yang akan berbalas dan menjawab tol..

kelam kabut aku nak bayar tol..sib baik ada pakcik yang menjadi ketua..aku tukang bayar jer..hehehe..
ada 4 tol..tol pertama sekumpulan jejaka kampung..tol kedua..ada sorang makcik ni..kuat melatah..tol ke3 depan rumah terdiri drpd saudara mara..yang terakhir tol kat pelamin

silat pengantin..masa ni aku nak tergelak besar tengok kesungguhan pakcik silat ni..control....

ni dia tol terakhir..di kawal oleh mak andam..dan tol paling mahal sekali...


majlis tepung tawar

makan beradab



Wednesday, 5 October 2011

Majlis Pertunangan Ana Dahlia & Anak Lelaki Chef Wan, Chef Riz.

TAHNIAH!!! semoga ke jinjang pelamin..amin

sumber : ohbulan





belakang tabir pernikahan adikku

salam semua..sebenarnya dah lama nak cerita pasal majlis pernikahan adik lelaki ku....sebab kalau nak cerita kat sini..memang panjang..perghhhh...sejarah pernikahan yang paling lama pernah aku hadiri...

seperti yang dijanjikan oleh pihak masjid, majlis akan bermula pada pukul 9 pagi...so pukul 8.30 kami sekeluarga ada kumpulan pertama yang sampai ke perkarangan masjid (sebabnya ada 6 pasangan mempelai yang akan diijab kabul)

tunggu punya tunggu.. hampir pukul 10 pak imam muncul..tapi sebleum tu tuk siak yang mulakan majlis.(dia punya garang nak uruskan majlis tu tak sah cakap..buat aku hangin satu badan. (terus marah2..arahkan itu ini...)

lepastu nak tunggu prosuder yang perlu diaturkan oleh pihak masjid yang sepatutnya dapat diselesaikan sebelum acara (seperti semak nak daftar..panggil masuk kat pejabat sorang..bayar itu ini...ya Allah..banyak gile birokrasi...membuatkan aku takut ngn kerenah yang bakal aku akan hadapi bila aku nak nikah nanti)

ada lagi..aturcara majlis sangat menyesakkan...dari satu ke satu acara..aku ingat..nikah ni majlis yang paling mudah..sebb yang penting adalah akad tu...hmmmmm...ni dia susunan acaranya :
1. acara pendaftaran (birokrasi)
2. taklimat tok imam kepada hadirin
3. taklimat tok kadi kepada mempelai
4. ulanagn taklimat...
5. bacaan rukun2, khutbah dan sebagainya.
6. pernyataan mas kawin..wang hantaran..bla..bla..(yang ni rasanya tak perlu dinyatakan sbb akan memalukan memepali..sebb ada mempelai wang hantarannya tak banyak)
7. semakan semula nama2 pasanagn (hellooo..asyik ulang2)
8. majlis akad nikah..(sebelum nak akad tu..tok kadi merepek lagi...aduhhhh....)
9. 6 mempelai melalui acara akad nikah...(sebelum tu ada latihan dan percubaan/ contoh oleh tok kadi)
10. acara membatalkan wuduk (sebelum dan selepas ada lagi tok kadi berbicara...ya Allah bila nak habis ni...)
11. acara...ntah la..aku pun tak tau..sbb masa ni..aku dah lapar n penat..terus keluar masjid..jalan2 n main2 ngn anak sedara..sebab lama sngat2)
12. aku masuk balik..tak habis lagi majlis..kali ni ibu memepelai di minta untuk memberikan ucapan..(setiap ibu pengantin..bayangkan ada 6 ibu pengantin) dan ucapan itu perlu mengikut teks yang akan dibaca oleh tok kadi
13. kali ni mempelai pengantin perempuan pula yang akan bercakap (mengikut apa yang akan di baca oleh tok kadi...)perghhhh...aku tengok ramai hadirin tak keruan..dah ramai yang lepak kat luar dah..ada yang bising...
14................................acara habis...

aku selitkan serba sedikit gambar dan suasana acara nikah.
my family...sebelum acara..kami kumpulan pertama yang sampai ..

candid..masing2 sibuk nak menghangkut barangan hantarn..pengantin tengah nak bersiap bagai..

adik beradik yang belum berkahwin..still single...hehehe

suasana dalam masjid..ramai.....

6 mempelai...

my bro..sister in law behind..gray

acara nikah bermula...


my bro n sister in law

acara penyerahan mas kahwin..adik aku beri seutus rantai.. acara batalkan wuduk...hmmmm

acara..acara..acara..




kecomelan dan kesopanan irma hasmie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...