Monday 17 October 2011

zaman jahiliah kembali?

salam semua..
melihat kepada isu hari ini, perkhabaran yang hangat serta tontonan klip video yang menyayat hati, membuatkan rasa terdetik di hati untuk melihat semula sifat kemanusiaan dan keprihatinan masyarakat pada kebelakangan ini, mungkin bila dinyatakan kebelakangan ini pasti ada pertikaian dan isu mengatakan manusia pada hari ini/ kebelakangan ini sungguh kejam, manusia pada masa lalu berhati mulia.

namun hakikatnya kejadian ini mengikut putaran masa. ia pasti tidak berlaku pada hari ini sahaja malahan sejak 1432 tahun dahulu kejadian seperti hari ini pernah berlaku, bayi perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup dalam masyarakat jahiliah.

apakah putaran masa ini kembali? apakah sekarang ini kita hidup dalam zaman jahiliah? jika ditanya persoalan ini, saya akan menjawab ya. walaupun hakikatnya saya percaya para pembaca sekalian tidak melakukan perkara sekejam ini iaitu pembunuhan bayi, pembunuhan ibu bapa kandung, dan seribu satu masalah yang sungguh ralat untuk saya nyatakan di sini tetapi kita harus terima hakikat sebenarnya dan hakikat kehidupan kita pada hari ini bahawa masyarakat di sekeliling kita telah dan sedang melakukan perkara-perkara seperti zaman jahiliah dahulu.
rakyat malaysia digemparkan dengan sebuah kisah yang dapat ditonton dan disaksikan bersama iaitu anak berumur seawal 2 tahun digilis tanpa belas kasihan oleh masyarakat sekiling. anggaran manusia disekililing peristiwa itu seramai 18 orang. namun tiada seorangpun di kalangan mereka yang bertindak atas tiket kemanusiaan untuk membantu atau mengendahkan kejadian tersebut.
mereka tidak mengendahkan...tidak mengendahkan langsung anak digilis di depan mata. ya Allah di manakah sifat kemanusian mereka. saya nyatakan di sini sifat kemanusiaan, bukan sifat ehsan kerana sifat ehsan itu hanya ada pada agama Islam. 


Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu".
(Hadis riwayat al-lmam Muslim).



kerana yang berada di sekeliling mereka ialah manusia yang ada hati, ada jiwa, ada emosi yang tahu apa itu sebuah tangisan, yang tahu apa itu rasa marah dan akan makan apabila lapar. sukar percaya..saya masih lagi mempertikaikan mereka..adakah masyarakat di situ sebuah robot yang dicipta menyerupai manusia? atau makhluk asing yang sedang bersiar-siar di bumi? jika ya..seharusnya kita menghapuskan ciptaan robot itu, jika ya mereka makhluk asing kita harus halau mereka dari mendiami bumi ini. tapi jika mereka manusia tiada sebuah ungkapan yang dapat saya gambarkan untuk menyatakan kekejaman mereka.

bagaimana perasaan mereka melihat kejadian seperti itu (saya amat sebak ketika ini), adakah tidur mereka masih lena malam itu, adakah mereka mampu melakukan kerja harian selepas mereka menyaksikan kejadian itu....
semoga kita semua dijauhkan dengan sifat seperti ini. semoga keluarga kita terselamat dari ujian ini. semoga kita semua dilindungi dan mendapat rahmat dari Allah swt.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...