Wednesday, 7 September 2011

POKOK menjadi SAKSI

ABDULLAH BIN UMAR pernah mengikut Nabi Muhammad pergi mengembara. semasa dalam perjalan, mereka berjumpa dengan seorang Arab Dusun.

" saudara mahu ke mana? " tanya Nabi Muhammad kepada Arab Dusun itu.

" Saya hendak balik ke kampung saya," jawab Arab Dusun itu.

"Saudara mahu sesuatu yang baik?" tanya Nabi Muhammad lagi.

"apa dia?" tanya Arab Dusun itu semula bagi mendapat penjelasan.

"Saudara jadi saksi tiada tuhan melainkan Allah Tuhan yang satu dan tiada sekutu baginya. Saudara juga jadi saksi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, : jelas Nabi Muhammad.

"Engkau ada saksi yang mengatakan apa yang engkau cakapkan itu benar?: tanya Arab Dusun.
"ya pokok itu, " jawab Nabi Muhammad.

Lalu Nabi Muhammad memanggil pokok yang tumbuh di pinggir kolam yang ada di situ. Pokok itu berguling-guling datang menuju ke arah Nabi Muhammad. Apabila tiba berhampiran dengan nabi Muhammad, pokok itu kembali tegak.

Nabi Muhammad meminta pokok itu menjadi saksi beliau adalah utusan Allah. beliau mengulang permintaannya itu sebanyak tiga kali. lalu pokok itu menjadi saksi Nabi Muhammad adalah benar-benar utusan Allah. kemudian pokok itu berguling-guling kembali ke tempat asalnya.

"biar saya balik berjumpa ahli keluarga saya dahulu," ujur Arab Dusun itu.

"jika ahli keluarga saya mahu ikut bersama-sama berjumpa dengan engkau. tepai jika mereka enggan, saya tetap akan bertemu semula dengan engkau. Saya akan mengikut engkau," jelas Arab Dusun itu kepada Nabi Muhammad.

3 comments:

Anif Abdullah| AA said...

dengan kuasa Allah SWT,pokok pon boleh jadi saksi kan?
nice entry..

p/s: nak suggest leh x,nanti gunalah komen pop up(kat setting) sbb more friendly ..hehe

macam ku kata said...

salam..anif..kekuasaan Allah mengatsai segala2nya..
p/s:terima kasih atas cadangan tersebut..memng sy nak buat paling mudah utk rakan2 mmbaca n komen..lebih friendly..sy baru je belajar bab blog ni..terima kasih ye anif;-)

Cik Mimie said...

kuasa allah tiade yg mustahil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...