Thursday 8 September 2011

jom kita mengimarah bulan SYAWAL ....syoookkk...!!


salam semua..post kali ini ala2 insaf gitu..hehehe..
Ramadhan sudah berakhir, kini dah 10 hari..kita menyambut/berada di bulan syawal. perayaan dan sambutan SYAWAL amat2lah disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran.

sekarang ini, tibalah masanya untuk kita mengimarahkan bulan SYAWAL dengan menjayakan dan melakukan puasa sunat 6. Terlalu banyak kelebihan kita melakukan puasa 6.

ajak dan beri sokongan kepada semua orang disekiling kita@yang kita sayang. ibu ayah, adik beradik, kawan, kekasih, suami dan isteri. pasti kita akan rasa lebih nikmat dan keseronokkannya.

di bulan SYAWAL ini, pasti banya majlis sempena SYAWAL diadakan, rumah terbuka, "pejabat terbuka", "sekolah terbuka" dan banyak lagi yang terbuka. so agak susah kita nak buat puasa 6 secara berturut2..makanya apa kata kita lakukan mengikut keupayaan kita..(cayok2!!)



Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal;
Pelengkap dari puasa Ramadhan
Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi – “Dan senantiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Persediaan untuk sistem badan (badanpun tidak terkezzuut).
Di bulan Ramadhan sistem badan kita telah berehat selama sebulan. Dengan kedatangan bulan Syawal ia akan memberi kejutan pada sistem badan kita terutamanya sistem pencernaan. (mana taknya, dtangnya syawal..semuanya di balun, semuanya ditelah, sebab seronok sangat tengok juadah makanan, rendang, ketupat, satey dan mcam2 lagi). Maka, puasa 6 akan memberi peluang kepada sistem pencernaan yang telah berehat untuk melakukan tugas secara beransur-ansur (macam kereta..kalau start kita akan tunggu sebentar untuk memastikan enjin melakukan tugasnya dengan berperingkat-peringkat)

Amalan Ramadhan tidak terputus
Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah keluarga kakak dah selesai 6 hari semalam. Kami mulakan pada sabtu lepas....

Anak yg duduk asrama belum habis lagi. Katanya Selasa depan baru habis sebab dia mula lewat...

macam ku kata said...

alhamdulilah..tahniah kak..sebb masa nilah kita nak biasakan didik anak dgn puasa 6..seronok dgr akak n keluarga dah hbis..saya belum lagi..ada lgi tertangguh..semoga akak dan keluarag diberkati oleh Allah;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...