Sunday, 11 September 2011

Wardina menangis...

Salam semua...
sebelum pergi ke kerja, sempat juga aku menonton rancangan Malaysia hari Ini yang di hostkan oleh Wardina dan Ally. seperti biasa banyak isu yang diputarkan. antaranya masalah sosial, kalau dengar daripada apa yang diutarakan memang rasa geram dan sedih, sebab apa? sebab isu-isu seperti gejala maksiat/zina di kalangan remaja, masalah pembuangan bayi, anak luar nikah yang dilahirkan oleh "ibu-ibu" belasan tahun (semuda 12 tahun pun ada..!!) dan 1001 ragam serta cerita kita dengar cukup lama..dari aku kecil sehingga sekarang ini. tidak pernah surut, statistik membuktikan gejala ini berterusan seolah-olah zina (punca kepada permasalahan lain) menjadi satu budaya dan amalan oleh masyarakat.

Wardina telah menemubual salah seorang remaja (dari rumah perlindungan Raudhatus Sakinah) yang TELAH menjadi ibu pada umur 16 tahun dan anak yang dilahirkan itu adalah anak luar nikah. paling mengejutkan, apa yang diceritakan oleh remaja terbabit, punca kepada 'kejadian' tersebut adalah disebabkan oleh beliau telah menyahut cabaran daripada rakan sebaya. kawan-kawanya telah mencabar beliau untuk melakukan zina kerana perkara tersebut menjadi TREND (ulang suara..menjadi TREND!!!!!!~bermakana amalan berzina adalah perkara biasa yang menjadi amalan remaja, jika tidak melakukannya dianggap sebagai kolot dan ketinggalan). (wardina telah menangis apabila menyoal remaja tersebut, beliau tidak dapat menahan sebak~mungkin sebab beliau amat risau dengan masa depan anak-anaknya dan tangisan Wardina itu mempunyai asas)

wardina


menurut Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj @ Ramli, ibu bapa yang merujuk permasalahan anak-anaknya juga menganggap perkara zina itu adalah masalah biasa, walhal zina adalah permasalahan yang cukup besar dan hina kerana ia merupakan dosa besar. bagaimana ibu bapa terbabit boleh menganggap perkara sebesar ini adalah perkara biasa?

coretan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa atau mencari punca kepada permasalahan ini, ia hanya luahan rasa yang ingin aku kongsikan bersama supaya kita tersedar dari lamunan bahawa masyarakat pada hari ini cukup kronik dan berada pada tahap yang amat kritikal. oleh itu kita seharusnya memainkan peranan untuk mendidik dan mengubah corak situasi ini.

4 comments:

Brilliant Marjan said...

betul tu..baca paper, ada je cerita kes remaja lari, buang anak & byk lagi..makin parah..diri sy pun rasa takut nak melihat dunia sekarang ni sebab hasutan nafsu tu sendiri yang sukar dikawal walau kita dah jaga baik sekalipun..godaan tetap ada.apatah lagi org yg tak kuat iman & ilmunya..

ya Allah,kuatkanlah hati kami dalam menjaga amanah Mu..

::FAIZ FARISH:: said...

trend??? gila

macam ku kata said...

brilliant marjan..takut sbb kita tak ahu kesudahan kita bagaimana..semoga Allah terus tempatkan kya bersamaNya..amin

macam ku kata said...

faiz..yer..itula yang dibincangkan..dan tak mustahil bnda2 mcm ni jd trend dan melakukannya rasa x bersalah bila kita tengok suasana disekiling kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...