Tuesday, 1 November 2011

menyusuri suka duka BUKIT BROGA

(entry kali ni guna ayat skema ye)

salam semua, seperti yang dijanjikan, am kembali semula dengan kisah menyusuri bukit broga. entry sebelum ini, am ada cerita tentang keindahan dan kesyahduan berada di bukit Broga. anda semua boleh baca di sini.
kini am ingin bercerita mengenai kisah disebalik sepanjang perjalanan di sana.
sebenarnya am sangat suka aktiviti mendaki gunung. sebab bila sampai di puncak bukit, kenikmatan dan kepuasannya sukar digambarkan(cam biasa ayat poyo). masa zaman di universiti am memang selalu menyertai program ekspidisi mendaki gunung.
seawal jam 4.30 pagi, kami berenam dengan menggunakan 2 buah kereta iaitu am, piji, hafiz, daud, nenik dan corax telah memulakan perjalanan.
kami tiba seawal pukul 5 pagi. sampai di destinasi, orang ramai telah memenuhi ruangan meletak kereta di kaki bukit. ini mennujukkan bahawa ada yang telah mendaki mungkin 2 jam sebelum kami sampai. begitu ramai, sehingga tempat meletak kereta penuh.
alam masih gelap, pancaran matahari masih belum menyinsing. dalam keadaan gelap, kami masih boleh melihat wajah rakan-rakan kerana bantuan lampu kereta milik pengunjung yang hadir.suasana agak meriah dengan guraun dan aktiviti para pengunjung. ada yang sedang melakukan pemanasan beramai-ramai, ada yang memberi arahan dan macam-macam lagi.
kami juga turut menyumbang kepada suasana yang meriah itu. kami hanya sempat melakukan pemanasan badan secara ringkas..amat ringkas.
perasaan ingin mendaki dan berada di bukit broga amat meluap-luap. kami tmeneruskan perjalanan. kami melalui denai-denai kelapa sawit pada permulaan perjalanan. laluan agak mudah kerana kesan-kesan laluan telah sedia ada. sepanjang perjalanan di depan dan di belakang kami dipenihu oleh pengunjung. bertali arus pengunjung melalui denai tersebut. ada pengunjung berbangsa Cina dan India. 
sepanjang perjalanan kami tidak merasa bosan, kerana masing-masing suka bergurau senda. dan sedikit keletihan apabila sambil mendaki kami berbual.
tiba di pertengahan perjalanan, laluan agak mencabar, kerana terdapat satu dua gaung dan lurah yang dalam. amat merbahaya kepada mereka yang tidak berhati-hati. kerana lurah dan gaung itu, berada betul-betul di tepi laluan. tetapi alhamdulilah, sepanjang perjalanan tiada khabar berita yang tidak diingini berlaku.
berada di pertengahan laluan. kami mulai senyap, mungkin masing-masing sudah merasai keletehan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjalanan.
di hujung perjalanan, laluan agak merbahaya dan curam. keadaan geografi yang curam dan kami terpaksa berjalanan seolah merangkak-rangkak ditambah pula dengan pengunjung yang ramai. membuatkan kawan kami iaitu daud, hampir pengsan. beliau terpaksa berhenti di celah curam. dan terus merebahkan diri kerana pandangannya gelap. am mulai rasa cemas melihat keadaannya. sehinggakan am terpaksa membuka kasut dan memberi minuman kepadanya. keadaan yang agak kritikal ketika itu kerana dia senyap dan apa yang mampu kami lakukan adalah memicit dan memegang kakinya. hampir 30 minit kami berhenti dan meredakan keadaan.
alhamdulillah. subuh menjelang daud sudah beransur pulih. kami meneruskan pendakian. dan sebenarnya. tempat daud berhenti amat dekat dengan tempat yang ditujui.
azan subuh boleh kedengaran sehingga ke puncak bukit broga. dan terdapat sekumpulan pelajar sedang menunaikan solat subuh ketika itu. kami menunggu.
kami kumpulan ke dua melakakukan solat subuh secara berjemaah yang diimami oleh salah seorang pengujung di situ.
kesyahduan solat subuh di puncak bukit amat dirasai. nikmay solat diatas sukar digambarkan. suasana solat kali ini amat berbeza. selalunya am bersolat di rumah dihiasi dinding dan katil. kali ini am merasai suasana subuh.mmmmmmmmmmmmmm.. am apsti akan melakukan aktiviti ini di lain kali. insyaAllah.
usai solat subuh kami meneruskan aktiviti iaitu bersarapan, bergambar, berehat dan sebagainya. sambil mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pegunjung.
di sini am selitkan gambar-gambar untuk tatapan. kerana gambar itu kadang-kadang mampu menjelaskan suasana sebenarnya.



aktiviti usai subuh, hafiz masih berkain pelekat

matahari menginta semesta alam



antara sebahagian pengunjung yang berjaya menjejaki puncak bukit broga


melihat dari jauh.




corax berusaha mendapatkan gaya pose lompatan terbaik..teruskan usaha

pengunjung mulai menuruni bukit







berjayakah corax mendapatkan gaya lompatan terbaik?mmmmmmmm




14 comments:

Anak FELDA said...

Wow!!! BROGA Sungguh.
Speacial Thanks for ParaMedic, Photographer, Tour Guide, Senior Photographer and Org Kampung.

Aien Not Alien said...

lagi cerita di Broga Hill...jeles2..satu hari akan ditawan jika tiada halangan dan kekangan...


camne nak dapatkan skill lompatan bersahaja macam arm buat tu??? hehehe...cantik la..sama macam Natsumi Hayashi... ^_^"

macam ku kata said...

daud..pasti kita akan menjejaki lagi ke bukit broga..kan...kannn..kannn

macam ku kata said...

aien..one day..am doa kan aien akan sampai ke sana juga....
hehehe..ntahla..am main lompat je..tapi masa lompat..pastikan bahagian kaki shj kita jump..badan ke atas ke maintain ngn pose..hehehe

LydSunshine said...

Fofuler betul bukit broga ni. Ramai blogger yg citer tentangnya.

macam ku kata said...

lydss...awak tak nak citer pasal broga?hehehhehe..

aima mazlan said...

wah!!
broga!
teringin nak g..huhu..
hanya mmpu tgk org lain nye gmbo je...
haishh..bile nk g ni...

::FAIZ FARISH:: said...

nice

syafiqakarim said...

errr..pegi broga tak ajak T.T sobs

Anonymous said...

Appreciate this pοst. Wіll try іt out.



Vіsit my ѕitе ... Home Page
My website - http://hiperlevelinternational.com/HubertBus

Anonymous said...

I all the time used to read article in news papers but now as
I am a user of internet thus from now I am using net for
posts, thanks to web.

my site - jocuri online cu masini

Anonymous said...

I'm not sure exactly why but this website is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this problem or is it a problem on my end? I'll check back later on and see if the problem still exists.


my blog post - bancuri despre criza

Anonymous said...

Terrific work! This is the kind of information that are supposed to be shared around the net.
Disgrace on the search engines for not positioning
this put up higher! Come on over and consult with my website .
Thank you =)

Look into my site jocuri gratis si online

Anonymous said...

What's up mates, how is all, and what you want to say about this piece of writing, in my view its genuinely awesome in support of me.

Feel free to visit my web site - homeopathic hcg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...