Saturday, 3 September 2011

tips kumpul duit raya..ada berannnn?

salam semua..sekarang ni mesti hadiq2 yang comel2 A.K.A budak2 kecil2 serta budak2 yang masih bersekolah a.k.a masih belajar x kira la ko belajar sekolah menengah or study kat universiti seantero dunia...duq sibuk mengumpulkan duit raya kannn..
ada tu siap berlawan/berlumba2 nak kumpul duit raya..sapa paling banyak. kadang tu boleh mencangkau beratus2 malah beribu2 hengget/ringgit..(ko mampu?mesti terlopong kan...duit raya berhebu?dah tutup mulut tu...)

biasala..zaman ni la nak rasa pengalaman mengumpul duit raya sewaktu hari raya, waktu hari lain, jangan harap la orang nak bagi ko free2 duit kan...melainkan ko pegang kotak atau duduk kat tepi jalan sambil buat muka seposen..(kalau nak hebat..ko ambik api..cucuk2 sikit badan ko..pastu muka tu make up sikit guna maybeline..buat kedetuan n buat muka budak bermasalah..rambut tu ko guna wax loreal..ko serabutkan rambut ko..baju ZARA ko tu..ko koyak2kan sikit..ha..!baru gempaq!!!ada berannn?)
ada berann buat camni..kain batik tetap merah mak ngah..


kelas jaket ko...
tips untuk mendapatkan duit raya ni ditujukan khas untuk hadiq2 or sapa2 je yang berani n mampu mencubanya...

1-if hang pi rumah jiran tetangga sekampung tu...korang kenalah puji hiasan dan decoration yang ada kat dalam rumah tu...lagi2 ko puji sofa or langsir yang tergantung..waaalaauupun ko tau langsir tu ibarat muka langsuir tengah mengelai..hausss..dan ko tau langsir x pernah bertukar or warna langsir dia silau mata memandang..warna kuning terang sambil rompol2nya berwarna hijau pucuk pisang..namun ko tetap kena puji.."wah..satu padanan yang amat kreatif"..sambil muka ko tersenyum penuh keikhlasan..(pastikan nampak sebaris gigi ko)
ingat..muka kena maintain ikhlas..;-)
2-masuk je rumah..bila nak bersalaman tu (yang laki salam laki..yang pompuan jgn nak mengatal salam bukan muhrim..hehehe)ko puji sikit muka akak/makcik2.."wah..semakin berseri2 muka akak..apa rahsia?kulit semakin mulus..." walaupun ko tau..muka dia penuh ngn jeragat..dan tak pernah menggunakan SERUM SAFI RANIA..makcik2 n haqaq2 memang suka bab piji memuji ni..mesti dia tersengih memanjang..sebelum balik tu..ko sediakan buku kecik dan pen..sambil mengadap akak/makcik2 tu nak minta tips kulit santeek sambil ko terkebil2 minta simpati...
jangan lupa berjabat tangan..




muka simpati nak tips kecantikan


3-kalau ada perbarisan memanjang untuk kutip duit raya..ko kena berlakon banyak kali..lepas ko hambik duit raya tu..ko pergi ke barisan belakang sambil menukar baju/tudung/songkok/kopiah/sampin ngn kawan2 ko..lagi best ko dah ready ngn beg persalinan...pastikan pakaian korang lain dr yg td..(masa ni lah korang praktikkan fesyen padanan-mix n match korang)..lepas kutip kali ke2, buat kali ke3..kali ni ko berlari ke belakang dan berlari anak sambil menukar kasut/high heel..buat ala2 sibuk kat belakang pentas runway...cuba bayangkan. kalau tuan rumah tu bagi sehengget(seringgit)..kalau 3 kali, x ke 3 hengget..kayoo pokcik..kan dah berkepuk dalam pokek duit dalam baju melayu..korang jalan je mesti penuh kebangaann..;-)
hambik ko..nak beratur panjang...


siapa nak ikut..silakanlah ikut tips ni yer..namun begitu, apa yang aku nak sampaikan ialah..bila hang menziarahi rumah orang..marilah kita menjaga tatasusila/hormat tuan rumah..yang tuan rumah pula, hendaklah memuliakan para tetamu ye..ada rezeki lebih..bg duit raya, anggap itu sebagai sedekah korang..;-)

Rasulullah bersabda maksudnya : sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghubungkan tali silaturahim. (hadis riwayat Ahmad)




4 comments:

Unknown said...

haha..idea yg bernas..err tp taon depan dah 22 tahun bole gune lg ta care nih?? :D

macam ku kata said...

hahha..boleh2..kalau tengah belajar lagi..confrm boleh...x pun tahun depan bila nak kutip raya @syrupmasin berjalan sambil melutut..nampak pendek sikit..sebaris ngn budak2 umar 12 tahun..hehehhe;-)

Unknown said...

hahahahaha..jalan melutut?? ta bole blah..sakit oo melutut..nnt kene lempang satu cite pulak :D

macam ku kata said...

kalo melutut..sakit lutu..boleh urut..kalo sakit kena pelempang..dapt malu..x leh nak urut..nampaknya terpaksa menelan air liur melihat kanak2 mngutip duit raya..hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...