Monday, 29 August 2011

suasana aidilfitri

salam semua, macam mana dengan sambutan perayaan anda-anda semua (sambil menunjuk2kan jari), oleh kerana aku baru sahaja pulang dari mennunaikan solat aidilfitri, rasanya mood utk menulis hari ni adalah berkaitan dengan suasana aidilfitri di masjid. tapi rasanya, ramai gak yang x pergi solat sunat yang amat dituntut..solat yang menunjukkan kita ni hamba bersyukur dgn pemberian Nya. jiran2 aku pun (ni bukan nak mengutuk jiran yer..sbgai pengajarannnnn..heheh)ada gak yang bila aku dah start enjin kereta, dah siram kereta dah panaskan enjin kereta, dan nak siap nak tekan minyak utk bergerak, ada yang baru bangun tido..berlengeng (x pakai baju), duk isap rokok, rasanya nak je piat telinga depa, yang buat macam tu, budak2 besar lak tu..dah kerja, dah boleh pikir..(ya Allah berilah mereka hidayah..)atau mungkin dia belum mempunyai perasaan malu kot, x pela..nnti2 ada la tu perasaan malu tu..kena pupuk tu..(ok2 bersangka baik..depa tu semua nak gi solat hari raya dgn pakaian cam tu kot..agaknya nak buat fesyen terkini kot..tapi haram aku nak ikut..hehehe)


sudeehhh!!!(jgn ko nak bersyarah kat sini)....okeisss...kali ni aku nak cerita mengenai sambutan aidilfitri, dgn kata lain suasana aidilfitri, kalo pagi raya tu, aku akan menghangkut mak n ayah aku utk pergi solat sama2, kadang2 bawa adik2 sekali atau tumpang abang ipar je..(guna 1 kereta lagi menjimatkan, nanti x yah la nak bersesak2 nak memberi sumbangan ikhlas kepada kebanjiran kereta di perkarangan masjid ye). bila nak siap pagi raya tu, biasa la..masing2 berebut nak gunakan bilik air..pastu nak bermake up bagai, nak cari songkok, makan (disunatkan menjamah sedikit sebelum keluar) dan sebagainya la, makanya kami sekeluarga sudah biasa pergi lewat. tapi x da lewat sampai jadi masbuk...dtg je masjid dah penuh..kena la pandai2 mencari ruang dan peluang yang adooo...


kalau kat masjid tu, agaknya 1/2 adalah warga bukan Malaysia..maknanya ada nepal, bangla, indon dll, tapi bagi aku..mereka ok jer..suka tengok mereka bila berjumpa kawan2..berpeluk2kan, menangis2(ada ke?), agaknya melepaskan kerinduan kg halaman kot. tapi yang penting, walau apa bangsa sekalipun..bila mengadap Allah swt kita tetap sama. tak kira la warna kulit ko..ada yang hitam, coklat, sawo matang, kuning langsat, pink dan putih melepak macam aku..kita tetap sama di sisiNya..


Dunia tetap menyambut dan menunaikan solat sunat Aidilfitri, tanda kita bersyukur akan NikmatNya.



















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...