salam semua..hadooii...penat seluruh badan pokcik setelah drive selama 6 jam di highway plus...azab nyer sebab TRAFFIC JAM!!!!(bukan jam nenas..mahupun jem coklat...)..perjalanan boleh jadi 2 jam je(dari Tangkak..bukan tekak..sebut betul2 ye..walaupun ala2 nak kembar seiras sebutan nya..Tangkak ni kat area Johor)
But i do not to talk about it here..
Bila memandu dengan masa yang lama..maka perasaan mengantuk akan menguasai diri..bukan takat ngantok ye..feeling nak terkuncil..semua ada..ko bayangkan 6 jam..(gile x da feel nak terkuncil!!!!)..kalo xda feeling apa2 memang aku tabik spring la..siap bagi standing O sepuluh hari berturut2..hehhehe..
so bila nak terkuncil...makanya kena la cari kawasan rawat dan rehat AKA R&R..R&R kat plus memang terbaik..kemudahan dia best..surau selesa, tandas besaq..gerai menjual pelbagai jenis makanan semua ada...cuma tang tempat duduk memang AZAB..nak berebut ngan pengunjung lain, siap berdiri kat meja orang tengah melantak makan tanpa rasa bersalah..nak bagi depa pula yng rasa bersalah makan lambat2..hehehhe..tapi okies la..selagi tak berdiri 2 jam..kira ok la...
so..cerita pasal kemudahan R&R pun aku xnak cerita..yang aku nak cerita pasal isu pengguna tandas berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM...
masuk je tandas R&R..korang boleh gunakan pelbagai keistimewaan..antaranya shower..toilet cangkuk n duduk..tempat bermake up..nak tayang muka..nak betulkan rambut bagi tercacak bila tiup angin x bergerak..dan tempat tandas utk kaum lelaki kencing berdiri..
yang ni aku nak habaq dan highlight...aku cukup x puas hati kalau ada sekaum ngn aku, sebangsa ngn aku n seagama dgn aku menggunakan kemudahan tu..cam xda perasaan..masuk je..buka zip(sorry la yer..aku ni memang jujur bila berkata2..x tau nak guna istilah sopan apa...ni la paling sopan aku rasa..hehhe)..pastu buat muka seposen AKA muka toye AKA muka xda perasan malu dan menjirus dan menyuburkan kawasan tadahan...ada tu siap pakcik2, bapak n habang2 yang berkopiah menggunakan kemudahan itu..
kalau tak tahan bebanor pun..cuba tahan sedaya upaya utk menunggu bilik2 kecil terbuka..jangan la menggunakan kemudahan itu (teguran khas utk mereka yang terasa)..
sebab dalam hadis Rasulullah SAW bersabda " 3 hal termasuk perangai yang kasar : iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil dia melakukannya smbil berdiri.
Cucilah bekas air kencing, karena kebanyakan azab kubur itu karena masalah itu.
(HR. Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny).
Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan hadis;
Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu berkata : “Suatu kali Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melewati kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba beliau mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Lalu Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Sungguhnya kedua mayat ini sedang diazab. Bukanlah keduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci dari kencing. Dan seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Maka Nabi S.A.W meminta pelepah tamar yang basah lalu dipatahkan kepada dua bahagian dan dipacakkan kepada dua buah kubur tersebut. Dan Nabi saw pun bersabda : Mudah-mudahan diringankan azab dari kedua mayat ini selama pelepah ini belum kering.”
No comments:
Post a Comment