aku pun tidak ketinggalan merasai kenikmatan meraikan sekolah terbuka.."kanak" menjemput, menyediakan juadah dan melayan kerenah "orang2 besar"...
tradisi yang baik ini tidak salah jika kita teruskan dan subur dalam sanubari masyarakat. kalau dipikirka pun time2 cam ni la kita dapat merasai keakraban dan ia terjalin erat.
"benda2" terbuka seperti ini sememangnya mempunyai kebaikan dan jika dilakukan dengan betul dan tidak membazir ia akan menjadi wadah untuk kita memperolehi pahala..insyaAllah, kerana kita akan bersedekah, memulikan tetamu, mengeratkan silaturahim dan sebagainya.
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghubungkan tali silaturahim. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik, jika tidak hendaklah dia diam.” (Hadis riwayat Ahmad)
Islam tidak melarang umatnya untuk bergembira pada hari raya..malahan Islam juga menyarankan agar umatNya meluahkan @express segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah sebagai salah satu cara kita bersyukur dengan nikmatnya.
Wahai anak-anak Adam! Pakai pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat, terutama pada hari Jumaat dan hari raya dan juga memakai wangian yang semerbak harumnya), dan makanlah dan minumlah serta jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas. (Surah al-A’raf, ayat 31)
6 comments:
belog terbuka juga mungkin?
hehehe
yang terbuka memang la best..
makan free..best2..
hehe. ^_^
aima...blog terbuka boleh diusahakan..hehhehe..mungkin kita boleh jd penganjur..mungkin?hehehehe
cik mimie...yg free2 semua best kan...hehehehhe;-)
cikgu yang sporting and hot..hik..hik..
suria..kita x sporting la..sgt garang..hehehhe;-)..yg hot tu kita setuju..(weekk..perasan!!!)hehhe
Post a Comment