Tuesday, 13 September 2011

Layang-layang



salam semua..tajuk entry kali ini ialah layang-layang.
kalau sebut nama permainan ini, pasti di kalangan kita mengetahuinya dan pernah bermain layang-layang.
bagaimanakah teknik permainan layang-layang yang baik?
semua rasanya dah pro dan pakar dalam bab ni..mesti pandai menarik dan melepaskan tali layang-layang. baru layang tu boleh terbang dengan tinggi.

bila sebut layang-layang cuba kita kaitkan dalam kehidupan seharian kita. lihat orang yang berada di sekeliling kita, pasti ada anak-anak remaja yang meningkat dewasa. tidak kiralah adik, abang, saudara, jiran, anak dan sebagainya. mengikut ahli-ahli psikologi, era remaja adalah era untuk mencari identiti. mereka ingin dianggap dewasa tetapi masih tidak boleh terlepas ikatan ibu bapa terutama dari segi kewangan.

"mendidik anak-anak remaja ini, boleh diibaratkan dengan bermain layang-layang. kena lepaskan tetapi dipegang talinya. jika tidak ditarik talinya walaupun secantik dan segagah mana layang-layang itu, pasti ia akan menyembah ke bumi. tetapi jika ia sedang terbang tinggi di langit dan kita lepaskannya pasti ianya akan terbang entah ke mana. silap hari bulan pasti hilang dan bila kita jumpa pasti ada bahagian yang rosak dan terkoyak".

jadi seelok-eloknya, pegang talinya, ditarik  untuk mendapatkan terbangan yang tinggi dan cantik. layang-layang boleh terbang tinggi dan boleh pulang kepada kita apabila dikemudi dengan baik.

mudah-mudahan anak-anak remaja disekeliling kita akan terus terbang dengan cantik dan boleh pulang kepada kita dengan selamat.



5 comments:

::FAIZ:: said...

nice

mieza said...

cantik perumpamaan untuk remaja dgn layang2..
saling berkait..^_^

Anak FELDA said...

Kalo nak tgok masa depan negara, lihatlah remaja kita harini...

Gadgetginger said...

sesuai utk bacaan ibu bapa.....bgs...hasil tulisan asli yg ringkas dan padat drp seorg bakal lecturer psikologi terkemuka.....hehehehe

Anak FELDA said...

Layang-layang

Engkau datang lagi
Kau rentap pula sanubariku
Yang dulu tersimpul
Kini semakin menjerut kembali

Kukirakan terlepas
Dari permainanmu
Semakin kumeronta semakin lemas terasa

Layang-layang
Aku kau peralatkan
Layang-layang
Engkau lepaskan


Kini ku tak terdaya lagi
Untuk terbang menyonsong angin
Tambatlah aku di sini
Atau lepaskan saja seksa ini

Usah lagi engkau
Meneruskannya
Kerana aku punya kemudiku

Layang-layang aku imbang-imbangan
Layang-layang aku tarikan
Layang-layang aku kau peralatkan
Layang-layang kau lepaskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...